12 Dec 2014

Setelah Sekian lama :)

Assalamualaikum :) lama dah tak menulis... rasa pelik pun ada sebenarnya. Mesti ada yang tertanya... what happened to my PhD kan? Alhamdulillah... my PhD journey end almost 2 years back. Cuma i tak sempat nak share kat sini and my blogging mood pun dah tak ada sebenarnya. Not even here.... FB, tweeter dan IG pun sama.... There's a transition in my life :) Don't worry... it's a good one for me actually.




p.s: Bukti yang dah lama i tak menulis....see...Anak-anak i pun dah semakin membesar sekarang.... How time flies ....



26 Aug 2012

SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA :) MAAF ZAHIR DAN BATIN


p.s: Rindu rasanya nak menulis semula... tapi masa masih belum mengizinkan. Insya Allah dalam masa terdekat ni I akan menulis semula :) Insya Allah....




26 Oct 2011

Baraan Syawal 2011

Hopefully tak terlambat entry i kali ni.... As long belum AidilAdha i rasa ok lagi kot... But i x dpt nak tulis panjang2 :(  I rasa bersalah tulis panjang2 kat blog sekarang ni...sebab i kena habiskan my 'writing' dulu. Gambar ni pun i upload sambil buat kerja lain. So refer cerita dr blog my 'adik sebirthday' jer ye....  . Kenapa adik sebirthday? sebab birthday dia sama dengan i :) dan juga dari blog jee

So enjoy the picts... Gambar food semua i tak sempat snap... But all the foods so yummy :) kat rumah Kak Halle, Mail & Aida pun i lupa nak snap gambar :(  sebab sibuk makan kot  :D 

Antara rumah yang i teringat dan malu2 nak ambil gambar :D

1st day... rumah Shahela dan Esham




Rumah suzila...






Rumah Aishah.....





And 2nd day ...Actually that day, 4 buah rumah yg involved. Rumah i yg 2nd one. Macam biasa rumah lain i lupa nak snap gambar :( But  picts kat rumah i banyak sikit... sbb my nephew ada tolong ambik gambar... My Hubby pun ajak Dept dia sekali that day...   alang2 i masakkan....Bukan senang tau...hehe...

Start with marhaban and doa.... then makan2




 











 

 














Hopefully next year my Dept buat lagi majlis seperti ni....Kalau tak...gerenti i asyik bg reason takde masa nak pergi berziarah raya... Thanx everybody yang datang ziarah  :)

xoxo,

19 Sep 2011

Salam Eidul Fitri

Harapnya tidak terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri



Maaf Zahir dan Batin :)


Moga tahun yang mendatang akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.

1 Aug 2011

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Salam Ramadhan Al-Mubaraq buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya :)


p.s: Kesian Elle... First day puasa dia demam. Tak dapat nak celebrate puasa :(

19 Jun 2011

Green..... tapi bukan green lantern :)

Dah penuh sawang kat blog i nikan? I still around dan sihat, Alhamdulillah. Cuma lately ni macam tak tahu nak tulis apa. Padahal banyak benda yang berlaku dalam hidup i lately ni. My PhD? Masih ON dan still struggle untuk menghabiskannya :( Kalau dok pikir bab PhD ni boleh buat i depress sebenarnya. Tapi i ambik pendekatan slow and steady. Ini ujian untuk I dariNya. Untuk menunjukkan yang Dia masih sayangkan I. Kalau tak I lupa nak bersyukur dengan nikmatNya. All of this while hidup i tak pernah didatangi masalah yang besar2. Especially bab study dan kerja. So ujian yang satu ni sebagai peringatan untuk diri I sebenarnya.

Life macam biasa. Weekdays , pagi pergi kerja . Pot pet pot pet bagi lecture jumpa students... petang balik :D My thesis i buat waktu free @ malam2 kat rumah. Weekend macam biasa, kalau tak keluar bawak anak2 window shopping atau jalan2, i duduk rumah aje. Layan anak2.
Recently i dangan Daddy suka gardening.  Awal-awal pindah, we all tanam rumput dulu sekeliling rumah. I bukannya kaya....boleh panggil landscape architect dan upah kontraktor tanamkan rumput karpet dan segala bagai pokok instant kat rumah. So terpaksalah buat sikit-sikit. Punya siksa nak tunggu rumput tu cover semua tanah. So terpaksalah pakai style budget ciput :D Tanam rumput tu secara bertompok-tompok dengan harapan dia akan merayap menjalar penuhkan tanah. Alhamdulillah berkat bibik siram tiap2 hari sampai bil air pun terlebih dari biasa...hijaulah jugak tanah tu walau ada bahagian yang boleh lagi nampak tanah... Pokok pun i beli sikit2... Takut nampak duit tu mengalir macam air, so secara psychology kena beli sikit-sikit...hehe.... macam pokok frangipani/ kemboja ni... i buat survey dulu tau...nursery mana boleh bagi harga plg rendah :D I dapat RM15 aje... ada nursery jual sampai rm50.



Pokok Calathea ni pun sama.... I mulanya tak tahu yang dia ada 2 jenis...satu tumbuh rendah aje...dan satu lagi boleh meninggi. Mula-mula tu gi beli kat nursery yang mahal. Beli pulak yang jenis tak meninggi. Balik-balik tanam tunggu berbulan...pokok tak naik2...pergi tanya balik kat nursery rupanya i salah beli. So kena beli dan tanam lain. Nasib baik dah jumpa nursery yang jual pokok ni murah :) Kononnya i tanm pokok ni sebab nak tutup pagar antara rumah i dengan rumah jiran sebelah dengan daun2 pokok tu...biar privacy sikit. Nampaknya berkurun lagilah baru tertutup....



Tempayan dari rumah lama ... saja letak kat hujung penjuru nak cover batang paip yang buruk :(



Sudut I paling suka...sebab ada pokok pegaga :)

Tempayan ni i beli dekat kilang pasu...tempayan reject :) RM25 only. Suka pokok kiambang.



Ni dekat belakang rumah sebenarnya...dekat bahagian sudut open wet kitchen i... Kami kutip anak pokok ni dari batang pokok besar kat padang dekat rumah. So semai dulu kat belakang rumah. Daddy suka tanam pokok ni dan pokok keladi...i tak tahu nama sebenar pokok ni...but we all call this pokok as pokok sakat.



Pokok sakat yang dah besar Daddy susun dekat porch



Pokok keladi pula tanam di sepanjang sebelah kanan tepi rumah... Keladi gajah :D



Pergola ni i bawak dari rumah lama... daddy sayang pokok atas pergola tu. Akar dia berjuntai ke bawah.



One side of dinding, i ada tanam pokok heliconia. Baka dia campur2. Ada yang i bawak dari rumah lama dan ada yang i ambik kat rumah my in law. Sekarang ni masih kurus kering lagi. Tak sabar nak tunggu dia menggebu. Tapi ada yang dah keluarkan bunga...


Pokok cactus ni project Elle. Cactus ni dia beli waktu kami pergi holiday ke Cameron Highland last skoll holiday.



Yang ni pulak project i... Sayur dan herbs untuk masak2... Macam rajin memasak aje...hehe... Adalah pokok pandan, serai, kari, kunyit, bunga kantan, lada merah, cili padi, selasih, daun kesum, limau purut, limau kasturi, kangkung....




Siap semai biji benih sayur pak choy lagi :D Bibik pulak semai biji buah betik...dah besar sikit nanti baru i pindahkan ke tanah :D




Hah...pokok mangga chukanan ni bukan kami yang tanam... tapi owner lama yang tanam. Mula2 pindah dulu ingat nak tebang sebab takut dia membesar dan menyemak dalam rumah... Time tulah pulak dia keluarkan buah. Manis! Terus tak jadi nak tebang....



Kat luar i letak calathea dalam pasu... tak tahulah kenapa i suka pokok ni... Kat dalam gambar tu Yaya tengah merajuk dengan Elle...


Kat depan rumah...i ada letak meja kecik dengan kerusi untuk Elle dan Haicarl breakfast sambil tunggu van sekolah pagi2. Mula-mula i tanam money plant atas meja tu tapi pokok jadi layu sebab takut nak siram selalu. Takut meja rosak. Last2 i terpaksa spoiltkan pemandangan dengan letak pokok bunga orchid plastik kat atas meja tu.

So... Itulah antara pokok-pokok yang i tanam untuk penuhi masa lapang dan kekosongan kat rumah i. I berangan nak tanam banyak lagi sebenarnya... tapi duit dan masa adalah sangat limited. So kena pelan-pelan kayuh.

p.s: Berangan nak letak wakaf kat tepi rumah. Takde ke orang yang nak sponsor ? I buat sticky adv tu setahun pun takpe...hehe...