19 Jun 2011

Green..... tapi bukan green lantern :)

Dah penuh sawang kat blog i nikan? I still around dan sihat, Alhamdulillah. Cuma lately ni macam tak tahu nak tulis apa. Padahal banyak benda yang berlaku dalam hidup i lately ni. My PhD? Masih ON dan still struggle untuk menghabiskannya :( Kalau dok pikir bab PhD ni boleh buat i depress sebenarnya. Tapi i ambik pendekatan slow and steady. Ini ujian untuk I dariNya. Untuk menunjukkan yang Dia masih sayangkan I. Kalau tak I lupa nak bersyukur dengan nikmatNya. All of this while hidup i tak pernah didatangi masalah yang besar2. Especially bab study dan kerja. So ujian yang satu ni sebagai peringatan untuk diri I sebenarnya.

Life macam biasa. Weekdays , pagi pergi kerja . Pot pet pot pet bagi lecture jumpa students... petang balik :D My thesis i buat waktu free @ malam2 kat rumah. Weekend macam biasa, kalau tak keluar bawak anak2 window shopping atau jalan2, i duduk rumah aje. Layan anak2.
Recently i dangan Daddy suka gardening.  Awal-awal pindah, we all tanam rumput dulu sekeliling rumah. I bukannya kaya....boleh panggil landscape architect dan upah kontraktor tanamkan rumput karpet dan segala bagai pokok instant kat rumah. So terpaksalah buat sikit-sikit. Punya siksa nak tunggu rumput tu cover semua tanah. So terpaksalah pakai style budget ciput :D Tanam rumput tu secara bertompok-tompok dengan harapan dia akan merayap menjalar penuhkan tanah. Alhamdulillah berkat bibik siram tiap2 hari sampai bil air pun terlebih dari biasa...hijaulah jugak tanah tu walau ada bahagian yang boleh lagi nampak tanah... Pokok pun i beli sikit2... Takut nampak duit tu mengalir macam air, so secara psychology kena beli sikit-sikit...hehe.... macam pokok frangipani/ kemboja ni... i buat survey dulu tau...nursery mana boleh bagi harga plg rendah :D I dapat RM15 aje... ada nursery jual sampai rm50.



Pokok Calathea ni pun sama.... I mulanya tak tahu yang dia ada 2 jenis...satu tumbuh rendah aje...dan satu lagi boleh meninggi. Mula-mula tu gi beli kat nursery yang mahal. Beli pulak yang jenis tak meninggi. Balik-balik tanam tunggu berbulan...pokok tak naik2...pergi tanya balik kat nursery rupanya i salah beli. So kena beli dan tanam lain. Nasib baik dah jumpa nursery yang jual pokok ni murah :) Kononnya i tanm pokok ni sebab nak tutup pagar antara rumah i dengan rumah jiran sebelah dengan daun2 pokok tu...biar privacy sikit. Nampaknya berkurun lagilah baru tertutup....



Tempayan dari rumah lama ... saja letak kat hujung penjuru nak cover batang paip yang buruk :(



Sudut I paling suka...sebab ada pokok pegaga :)

Tempayan ni i beli dekat kilang pasu...tempayan reject :) RM25 only. Suka pokok kiambang.



Ni dekat belakang rumah sebenarnya...dekat bahagian sudut open wet kitchen i... Kami kutip anak pokok ni dari batang pokok besar kat padang dekat rumah. So semai dulu kat belakang rumah. Daddy suka tanam pokok ni dan pokok keladi...i tak tahu nama sebenar pokok ni...but we all call this pokok as pokok sakat.



Pokok sakat yang dah besar Daddy susun dekat porch



Pokok keladi pula tanam di sepanjang sebelah kanan tepi rumah... Keladi gajah :D



Pergola ni i bawak dari rumah lama... daddy sayang pokok atas pergola tu. Akar dia berjuntai ke bawah.



One side of dinding, i ada tanam pokok heliconia. Baka dia campur2. Ada yang i bawak dari rumah lama dan ada yang i ambik kat rumah my in law. Sekarang ni masih kurus kering lagi. Tak sabar nak tunggu dia menggebu. Tapi ada yang dah keluarkan bunga...


Pokok cactus ni project Elle. Cactus ni dia beli waktu kami pergi holiday ke Cameron Highland last skoll holiday.



Yang ni pulak project i... Sayur dan herbs untuk masak2... Macam rajin memasak aje...hehe... Adalah pokok pandan, serai, kari, kunyit, bunga kantan, lada merah, cili padi, selasih, daun kesum, limau purut, limau kasturi, kangkung....




Siap semai biji benih sayur pak choy lagi :D Bibik pulak semai biji buah betik...dah besar sikit nanti baru i pindahkan ke tanah :D




Hah...pokok mangga chukanan ni bukan kami yang tanam... tapi owner lama yang tanam. Mula2 pindah dulu ingat nak tebang sebab takut dia membesar dan menyemak dalam rumah... Time tulah pulak dia keluarkan buah. Manis! Terus tak jadi nak tebang....



Kat luar i letak calathea dalam pasu... tak tahulah kenapa i suka pokok ni... Kat dalam gambar tu Yaya tengah merajuk dengan Elle...


Kat depan rumah...i ada letak meja kecik dengan kerusi untuk Elle dan Haicarl breakfast sambil tunggu van sekolah pagi2. Mula-mula i tanam money plant atas meja tu tapi pokok jadi layu sebab takut nak siram selalu. Takut meja rosak. Last2 i terpaksa spoiltkan pemandangan dengan letak pokok bunga orchid plastik kat atas meja tu.

So... Itulah antara pokok-pokok yang i tanam untuk penuhi masa lapang dan kekosongan kat rumah i. I berangan nak tanam banyak lagi sebenarnya... tapi duit dan masa adalah sangat limited. So kena pelan-pelan kayuh.

p.s: Berangan nak letak wakaf kat tepi rumah. Takde ke orang yang nak sponsor ? I buat sticky adv tu setahun pun takpe...hehe...


13 comments:

Sz said...

cantiknyaaaa banyak hijauannn kak!

sakannn bibik menyiram pokok keliling rumah..
heehehe

shidafzan said...

hadehhh jenuh nak nyiram hari2 tu. kekekekekke :D

lila, dalam rumah idak ada pokok ka? nak tau gak pokok2 apo sesuai dok dlm rumah..

LiLa said...

Suzi,
Bil air pun tinggi jadiknya :D

LiLa said...

Jamu,
Bukan aku yang siramnya pun...helper aku :D hehe...

Dalam rumah tak tanam pokok hidup... pokok plastic jer...malas nak jaga...

My Mom's Diary said...

As Salam, kita ni datang dari spesis yg sama kot...suka pokok2. lagi banyak pokok, lagi hijau kaw rumah. go green bebe!

LiLa said...

MMD,
Sejuk mata memandangkan...Hijau aje....

lily lotus said...

besarnya ur garden :) kena pulak tuan rumah suka tanaman..sgt bagus utk kesihatan ni

LiLa said...

Lily,
xlah besar sgt...biasa2 aje :D Dlm gambar nampak besar kot.

proactive simpler said...

salam.how are you?

im proactive.simpler

we are a team of people specializing in how to do research for msc and phd.

would you care to drop by and share your views on the subject ie tips and what not about doing phd?

your insight would be greatly appreciated!

thank you :)

Nana said...

wahhhhhhhhhhhh cantik nye your house and garden!!! sooo envious!!!! I wish my garden was that beautiful!

LiLa said...

Nana,
Biasa2 aje :D I love gardening :) and i need green untuk tenangkan kepala i yg serabut tak habis ni...

Ct izan said...

as-slm tumpang tanya yer.. tempayan tuh beli kat mana yer lawa ler n regenyer pun murah...

LiLa said...

Ct izan,
Akk beli di Batu Gajah :) Kilang pasu...kilang dia berdekatan dengan kellies Castle.